Ya, aku mengerti, mencintai tak semestinya memiliki. Yang telah meninggalkan aku, aku doakan kamu bahagia dengan cinta yang kamu ada skrg. Yang masih disamping aku, hayatilah saat ketika yang kita lalui sekarang ini. Jadikan lah ia satu kenangan yang manis yang bisa membuatkan kau tersenyum bila mengimbau masa lalu nanti.
Tidak, aku tidak lagi mengharap orang yang mencintai dan aku cintai menjadi milik aku. Tidak lagi mengharap setiap yang berlaku kini berakhir dengan happy ending. Itu semua cumalah harapan palsu yang sering diketengahkan dalam dongeng kanak kanak.
Kepada semua publisher, anda harus berhenti menipu. Ceritakanlah tentang reality kehidupan kepada anak anak muda bahawa bukan semuanya berakhiran indah . Frasa “and they live happily ever after” itu la yang sering mengalpakan mereka akan hakikat kehidupan yang sememangnya penuh dgn suka dan duka.
Ada yang hairan dengan status update aku di Facebook. Sebentar sebentar memperkatakan tentang keperihan hati yang didustai, sebentar lagi memperlihatkan diri sedang asyik dilamun emosi, sekejap lagi status tekanan seperti “saya berhati tisu” “I’m emo, kill me (-_-“)” pasti terpampang di Live Feed Facebook mereka. Ala biarlah.
Orang disekeliling aku bukan cuma satu, begitu juga dengan orang yang aku cintai. Seorang lebih terdorong untuk membuatkan aku emosi, seorang lagi sentiasa membuatkan aku tersenyum dan rasa dicintai dan ada ramai lagi yang membuatkan aku tergelak gembira sampai pada kadar hampir gila.
Kenapalah persoalan hidup sukar untuk diungkaikan? Aku lebih memilih untuk menyelesaikan soalan soalan Kimia atau Matematik Tambahan berbanding persoalan hati. Soalan soalan matematik kimia semua tu tidak kira macamana sukar pun, pasti ada jawapannya. Paling tidak pun tengok belakang buku dan rujuk jawapan. Bukan macam kehidupan dan keputusan. Berhari hari berfikir pun, tak mungkin akan dapat satu jawapan yang pasti.
Kita manusia ni penuh dengan kemusykilan dengan tindakan kita sendiri. Memang normal, tapi kenapa susah sangat mahu memperolehi kepastian? Kenapa susah sangat mahu membuang perihal perihal yang merosakkan perasaan? Kenapa senang membenci orang? Kenapa seringkali, orang yang paling kita sayang ialah orang yang paling sering menyakitkan kita? Kenapa bah kau berubah? kenapa bah…
Semua soalan tu tiada satu jawapan yang pasti. Siapa yang ada? Tolong emailkan ke aku. Aku sudah penat berfikir dan aku perlu merujuk jawapan di dalam mana mana buku .
Mainan emosi adalah perkara yang paling menjengkelkan. So please, Jangan main emo.

1 comments:
emosi hanya 3 minit...
realisnya sedih - gembira..
sakit - sehat..
senang - susah..
semua manusia laluinya tanpa disedari..
Adil bukan...
ALLAH Maha Adil...
hanya bagaimana kita mengatasinya..
liku yg berlainan..
namun tujuan yg sama...
BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT=)
insyaALLAH....
sekadar memberi pendapat dan berkongsi bersama...=)
Post a Comment